FAKTOR KEMATIAN IKAN merupakan masalah yang sering dihadapi oleh penternak ikan keli. Siapa pun akan berasa sedih kalau melihat ikan yang diternakn tiba-tiba mati. Ini jugalah yang menyebabkan faktor kerugian. Tetapi perlu kita sedar setiap yang berlaku mesti ada sebab-sebab tertentu, begitu juga halnya tentang kematian ikan keli yang kita ternak. Ada beberapa penyebab utama yang menjadi punca kematian ikan.
1..Ikan tidak mendapat keperluan nutrisi (khasiat) yang sepatutnya dari sumber makanan yang diberikan menyebabkan ikan semakin lemah dan dengan mudah diserang penyakit.
2.Makanan yang diberikan tidak sesuai dengan sistem penghadaman ikan keli. Terlalu keras atau kandungan yang tidak sesuai, tidak berkualiti atau sebagainya.
3. Makanan yang diberikan berlebihan atau dari bahan yang busuk menyebabkan air menjadi kotor dan bertoksid, tinggi ammonia menyebabkan ikan lemas, lemah dan mati.
4. Ikan yang lemah dan sakit atau sudah mati akan mudah dimangsa oleh keli yang besar. Sebenarnya ikan keli yang besar atau yang memangsa itu telah mendapat tenaganya dari ikan yang dimakannya. Ini menyebabkan ia semakin membesar secara luarbiasa dan dengan mudah memangsa ikan-ikan yang lemah kerana kekurangan nutrisi atau ikan yang lemas disebabkan pencemaran air oleh sisa makanan. Ini adalah penyebab utama peratus mortalitas yang tinggi. Namun perkara ini dapat di atasi atau dikurangkan peratus mortalitas seandainya kesemua anak keli berada dalam keadaan cergas dan sihat.
5. Air kolam keli tidak pernah ditukar. Paling sesuai air kolam perlu ditukar sekurang-kurangnya sebulan sekali ini untuk membuang mendapan kotoran terlalu tebal di dasar kolam yang boleh menyebabkan air bertoksid. Mendapan yang terlalu menebal akan menyebabkan air kolam menjadi sangat kotor. Jika dibiarkan terlalu lama, air akan mula diganti dengan patogen yang menyebabkan air berkuman dan mendatangkan penyakit kepada ikan keli. Tags: ikan keli, penyakit keli, patogen, air kolam tercemar
Powered by Qumana
0 comments:
Post a Comment