YAKIN, USAHA, SABAR DAN DOA, itulah formula yang membawa saya ke peringkat ini. Ikan keli kalau diusahakan betul-betul sudah semestinya membawa kejayaan kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya. Tidak sesukar mana pun, cuma perlu banyak bersabar sebab projek ikan keli ini perlukan masa dan kajian yang berterusan. Bagi mereka yang inginkan pendapatan yang berpanjangan daripada ternakan ikan keli ini, nasihat saya, kembangkanlah bisnes anda selangkah demi selangkah. Banyakkan kajian dan belajarlah dari setiap kesilapan. Sentiasalah berhubung dengan rakan ternak dan pelanggan. Group sangat penting dalam bisnes ikan keli. Bisnes ikan keli ini akan terbantut jika kita hanya pentingkan diri sendiri dan mengabaikan hubungan sesama penternak.
Sehingga sekarang pun saya akui saya masih mengkaji dan belajar dari mana-mana sumber termasuk rakan ternak lain dan pelanggan yang datang. Kita harus berfikiran terbuka menrima setiap pendapat yang diberikan. Sebab saya sendiri pun merasa masih jauh kekurangan dalam bidang ini. Bagi mereka yang ingin belajar bersama-sama, bolehlah datang ke ladang kami untuk sama-sama belajar meningkat hasil ikan keli ini.
0 comments:
Post a Comment