Wednesday, February 8, 2012

ikan keli dan cara menternak

Ada banyak cara menternak ikan keli. Bermacam-macam kaedah, cara, formula yang digunakan olek penternak untuk mencapai kejayaan. Tidak dinafikan inilah seni menternak. Tahniah kepada mereka yang tidak serik menempuh segala kegagalan. Tidak kurang juga yang sudah tersenyum panjang melihat kejayaan dan menyaksikan hasil yang lumayan, tahniah sekali lagi teruskan usaha anda, syabas.


Menurut pengalaman yang saya lalui, secara tidak langsung terdapat ada 5 elemen utama yang dapat memberikan hasil penternak. 


1. Benih


2.Sumber air


3. Kefahaman tentang kandungan air


4. Kolam


5. Sentuhan air tangan penternak


BENIH


keperluan benih yang cukup, sihat dan dari baka yang baik. Jika penternak terlibat dengan pembenihan, pastikan induk sihat, dari baka yang baik dan mampu mengeluarkan benih yang baik.


SUMBER AIR


Sumber air yang mengandungi kadar organik yang tinggi amat digalakkan. Sumber air kosong yang berpunca dari air hujan boleh digunakan tapi perlu menambah organik dan menaikkan PH. Air bukit kebiasaanya berpunca dari air hujan dan kandungannya diperolehi di mana air itu mengalir, jika kawasan tersebut terlalu banyak ferum, ion maka air tersebut mengandungi bahan-bahan tersebut lagi tinggi. Jadi pastikan ianya memenuhi keperluan ikan keli. Untuk pengetahuan kita, ikan keli hidup membiak di kawasan berpaya. Biasanya kawasan berpaya sangat tinggi organik berpunca dari mendapan tanah. Anda boleh meniru stuasi ini dengan menambah sedikit tanah atau lumpur ke dalam kolam ternakan anda khususnya bagi mereka yang hanya menggunakan air hujan, air paip maupun air bukit sebagai sumber air.


KEFAHAMAN TENTANG KANDUNGAN AIR


Air ternakan perlu subur. Jika kita bincangkan tentang kesuburan air, maka hendaklah mempastikan kandungan air mempunyai kitaran ekosistem. Dari wujudnya bakteria penghurai, kepada plankton, ikan, tumbuhan air, matahari maka bolehlah dikatakan ianya air subur. Perlu kita ingat, ikan mendapat tenaga daripada makanan. Makanan yang sentiasa disedut oleh insang ikan ialah fitoplankton dan zooplankton.


KOLAM


Ada penternak suka kolam besar. Pun boleh, cuma masalah menuai dan pemantauan agak sukar. Penggunaan kolam kecil mungkin lebih berkesan berbanding dengan kolam bersaiz besar. Dengan membuat lebih banyak kolam kecil, hasilnya lebih lumayan berbanding  kolam besar.


SENTUHAN AIR TANGAN PENTERNAK


Jangan pandang remeh pada penternak. Menternak ikan keli pun ada air tangan. Ya, sudah semestinya, Dalam bidang lain  seperti pertanian, ternakan haiwan, lembu, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan bidang ternakan ikan lazimnya mana-mana pun yang diusahakan oleh penternak-penternak berpengalaman (orang sekarang kata otai) semua akan membuahkan hasil. Sentuhan tangan penternak yang berpengalaman lebih berbisa. Jadi, kepada penternak baru kena banyak berusaha untuk mendapatkan sentuhan 'power' air tangan penternak otai.


Anda setuju?


Tags: ,





Powered by Qumana


ikan keli dan cara menternakSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...