TERNAKAN KELI memang menjanjikan pulangan yang lumayan dan ramai yang telah mengecapi hasilnya. Untuk menjadi antara penternak yang berjaya, maka jadilah penternak keli yang bersih. Janganlah terlalu memikirkan keuntungan 100% dengan hanya memberikan sumber makanan yang percuma seperti bangkai ayam, ikan busuk , kumbahan najis binatang dan sebagainya. Sumber makanan begini sememangnya murah dan percuma TAPI harus diingat kita tidak boleh lari dari aspek kebersihan dan yang penting halal.
AMARAN KEPADA PENTERNAK KELI YANG BERI MAKAN BENDA KOTOR DAN TIDAK HALAL:
1. KAMI TIDAK AKAN BELI KELI YANG MAKAN BENDA KOTOR
2.KAMI AKAN BERITAHU KEPADA PELANGGAN KAMI JUGA SUPAYA JANGAN BELI KELI DARI SUMBER YANG KOTOR
3. KELI YANG MAKAN DARI SUMBER YANG KOTOR TIDAK ADA NILAI DI PASARAN.
TANDA-TANDA KELI YANG MAKAN BENDA KOTOR:
1. Lembik
2. Berlemak yang berlebihan (meletop-letop ketika digoreng)
3. Berbau
4. Kulit pucat
5. Rasa yang memang tidak enak
6. Bentuk kepala agak meruncing (biasa keli yang tidak halal)
Perkara ini perlu ditekankan dari masa ke semasa untuk menyedari orang ramai tentang kebersihan makanan. Para penternak ikan perlu menjaga etika bukan pada penternakan keli sahaja, malahan untuk semua jenis penternakan. Kita minta pihak kerajaan khususnya PERIKANAN perlu menguatkuasakan etika penternak. Beri amaran atau denda kepada penternak ikan yang tidak bertika. Ini sangat penting untuk mempastikan kualiti hasil ikan yang kita keluarkan dalam negara Malaysia. Agar hasil ikan akan sentiasa terjaga sepanjang masa kerana ikan merupakan sumber utama untuk manusia. Kebersihan sangat penting, kerana kebersihan merupakan asas kesihatan manusia. Jangan sampai masyarakat memandang serong terhadap hasil akuakultur negara angkara ada setengah pihak yang mengaku pakar dalam akuakultur tapi cuma mengaut keuntungan yang sementara seperti yang dilaporkan dalam aduan rakyat baru-baru ini di mana ia menggunakan sumber makanan keli dari bangkai ayam. Kesannya, air kolam tersebut sangat berbau dan berkuman dialirkan ke sawah sehingga merosakkan hasil padi orang kampung.
Perlu kita ingat, ikan keli adalah bersih. Hanya kita sebagai penternak yang mencorakkan dan menjadikan ia halal atau haram. Oleh itu, sila pastikan ikan keli yang diternak hanya makan pelet yang ada di pasaran. Ia dijamin bersih dan halal. Ikan yang makan pelet ada nilai di pasaran. Rasanya enak dan isi lebih pejal.
0 comments:
Post a Comment