Saturday, February 11, 2012

CARA MENGURUS ANAK BENIH IKAN KELI

ANDA SUDAH MELAKUKAN PEMBENIHAN IKAN KELI? Kepada mereka yang sudah melakukan dan berjaya, saya ucapkan tahniah. Namun kepada mereka yang belum atau masih gagal, saya harap anda akan mencuba dan terus mencuba. Jangan risau, saya akan dedahkan petua-petua rahsia dalam pembenihan ikan keli, oleh itu, rajin-rajinlah anda jenguk blog ni, sebab saya akan dedahkannya bila-bula masa.


Kita tinggalkan dulu rahsia pembenihan, kita terus sahaja kepada anak benih yang sudah menetas. Perlu diingat, saya pernah beritahu kepada anda bahawa anak benih atau yang kita panggil rega keli yang baru menetas adalah sangat-sangat sensitif. Namun ada beberapa panduan yang wajib saya kongsi kepada anda dalam mengurus anak benih yang baru menetas ini.


1. Anak benih yang baru menetas berwarna hijau cerah, jernih seperti gel. Sangat cergas dan sensitif pada cahaya. Oleh itu, pastikan kolam asuhan benih anda ada kawasan terlindung dan ada kawasan terbuka.


2. Anak benih yang baru menetas sangat-sangat sensitif kepada perubahan suhu air. Air yang sejuk akan memberi kesan yang kurang bagus kepada anak benih ikan, jadi kena pastikan air tersebut suam sedikit pada kadar 27-31 darjah selsius. Untuk menjadikan air kolam anda berada dalam keadaan begini ialah dengan cara merendahkan air sekurang-kurangnya 4 inci, membiarkan sebahagiannya terdedah kalau boleh 50% kolam asuhan terdedah matahari.


3. Anak benih keli cepat membiasakan diri pada keadaan sekitarnya. Biarkan anak benih berada dalam keadaan semulajadi dan air kolam dalam keadaan subur. Pastikan kolam asuhan anda terdapat organisma yang dapat dijadikan makanan benih keli di samping makanan tambahan yang kita berikan setiap hari. Memberi makan 2 kali sehari sudah memadai. Jangan lebih makan kerana anak benih akan mati.


4. Pastikan air kolam tidak tercemar ini kerana anak benih yang masih baru sangat sensitif kepada perubahan kimia air terutama kehadiran ammonia yang sangat tinggi boleh menyebabkan anak benih mati secara mengejut.


Okeylah , cukup dulu setakat ini. Ada banyak panduan lagi yang saya akan kongsikan kepada anda pada post-post akan datang. Selamat mencuba dan selamat menternak.


Tags: , , , Powered by Qumana


CARA MENGURUS ANAK BENIH IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...